Rabu, 31 Oktober 2012

"KULI" KANAK-KANAK DI PASAR BESAR SEMPORNA,ANGKARA SIAPA?



Melewati hari-hari di Pasar Besar Semporna cukup merimaskan. Di Samping keadaan pasar yang kotor, ketiadaan lot parking yang mencukupi juga menyesakkan keadaan lalulintas di kawasan itu. Tindakan Majlis Daerah Semporna memperuntukkan 2 lot untuk kegunaan kakitangannya dilihat tidak praktikal kerana diwaktu yang sama pengguna terpaksa melakukan 'Double parking" ketika membeli keperluan harian.

Antara yang paling menarik diperkatakan mengenai situasi Pasar Besar Semporna ini selain harga ikan dan sumber laut yang murah, perkhidmatan membawa hasil belian bagi pengguna oleh sebilangan kanak-kanak 'terbiar' juga sedikit sebanyak meringankan beban pengguna yang terpaksa membawa hasil belian mereka berupa sayur-sayuran dan keperluan harian. "Menjual' Plastik dan menawarkan perkhidmatan membawa barangan pengguna ini dengan kadar upah yang "BEBAS" menjadikan khidmat  Kuli kanak-kanak ini sangat-sangat diperlukan. Berikan seberapa mengikut keikhlasan hati, kanak-kanak ini akan menerimanya kemudian berlalu mencari pelanggan baru. Begitulah rutin setiap hari kanak-kanak ini bermula juam 8.00 pagi dan berakhir selepas pasar besar ini berhenti beroperasi sekitar jam 5.30 petang.

Siapakah kanak-kanak yang menjadi "kuli" ini? Adakah mereka orang Tempatan atau Pendatang Asing ?Menyusuri kehidupan mereka, Otto berpeluang mendekati kanak-kanak ini, mereka bukan sahaja begitu gembira bila dihulurkan duit tetapi juga sedia berkerjasama apabila gambar mereka diambil.

Jika mengikut Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan pemuda yang berumur di bawah 16 tahun hanya dalam jenis pekerjaan yang sesuai dan di dalam perusahaan tertentu: tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan dan moral.- Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal dan/atau melindungi mereka daripada eksploitasi dan tidak mengganggu persekolahan mereka. Majikan yang melanggar akta ini boleh dikenakan penalti tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.

Persoalannya adakah kanak-kanak yang berkerja ini didalangi oleh satu sendikit atau atas kerelaan mereka sendiri? Apakah tindakan dari pihak berkuasan tempatan terutama Majlis Daerah Semporna mengenai perkara ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan