Datuk Shafie Apdal disaran untuk mengubah pendekatan politiknya terhadap rakyat di Semporna. Dalam ledakan maklumat dihujung jari serta perkembangan ICT yang memberangsangkan di daerah itu, Datuk Shafie masih berada di 'takuk' lama, apabila dalam setiap lawatannya ke kawasan-kawasan perkampungan daerah Semporna lebih kepada sekadar memberi ucapan daripada mengadakan sesi dialog dengan masyarakat setempat untuk mengetahui masalah yang dihadapi terutama golongan muda yang rata-rata 'terpaksa' meninggalkan daerah Semporna untuk berkelana ke Semenajung lantara kekurangan peluang pekerjaan.
Lawatan 'mengejut' tetapi 'terancang' oleh Datuk Shafie Apdal di Kg Menteritip pada hari Raya pertama Aidiladha 4 hari lalu, bukan sahaja menghampakan segelintir belia yang hadir tetapi juga mendapat maklumbalas yang pelbagai dari kalangan masyarakat yang hadir. Seorang pensyarah ( namanya dirahsiakan) di sebuah IPT yang secara kebetulan turut datang dalam majlis berkenaan melahirkan kekecewaan kerana ucapan Datuk Shafie pada majlis berkenaan selama 45 minit lebih banyak menyentuh tentang isu keadaan luar negara yang kononnya tidak selamat dan tenteram ekoran dari kerajaan yang goyah. Sebaliknya keadaan kampung yang daif dengan jalanraya serta sekolah yang begitu uzur lebih dari 30 tahun tidak menarik minat MP Semporna itu.
Menurut beliau sepatutnya dalam tempoh 45 minit itu, datuk Shafie membuka ruang sesi dialog bersama rakyat untuk memberi peluang kepada hadirin melahirkan dan menyatakan pandangan mengenai beberapa rancangan dan program untuk rakyat yang dikatakan di'bawa' oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar itu.
Tetapi nyata Datuk Shafie masih menggunakan taktik 'ucap' dan'faham' meskipun PM Datuk Seri Najib berulang kali mengingatkan bahawa sudah tidak relevan lagi dimana wakil rakyat "mengetahui' segala-galanya.
Dalam beberapa siri lawatan Datuk Shafie di sekitar daerah semporna sebelum ini, juga menampakkan MP Semporna lebih dari 3 penggal itu masih mengekalkan stail 'berucap' daripada mendengar keluhan rakyat melalui sesi dialog."Datuk Seri Shafie Apdal hatus mengubah minda dan pendekatan politiknya, kerana rakyat sekarang bukan sahaja mahukan peruntukan dan pembangunan tetapi juga mahukan rintihan mereka didengar dan kehendak bersama mereka ditunai" katanya kepada Otto .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan