Nasib majoriti pengguna Islam di daerah Semporna berada pada kedudukan yang membimbangkan, berikutan beberapa bakery atau kedai roti yang berada di pekan daerah itu tidak memaparkan lambang HALAL. Produk-produk berasakan roti yang dijual dibeberapa super market seperti Milimewa,Bakhtiar Shopping Centre,dan kedai-kedai runcit lain jelas tidak mengandungi 'perkataan ATAU LOGO HALAL daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ataupun dari Jabatan Agama Islam Negeri.
Manakala JHEAIS cawangan Semporna pula dilihat tidak mempedulikan perkara ini, buktinya apabila pejabat JHEAIS cawangan Semporna hanya dipisahkan oleh beberapa lot kedai dengan salah sebuah kedai bakery di Taman Sampul. Tidak ada tindakan yang diambil, manakala produk dari kedai ini dijual secara berleluasa.
Daripada tinjauan yang dilakukan mendapat walaupun terdapat beberapa produk roti mengandungi Logo Halal seperti jenama GIANT dan jenama BISMI ,namun ia tidak dapat menampung keperluan pengguna Islam di daerah itu.
Pihak berkuasa seperti Kementerian Hal Ehwal pengguna cawangan Semporna pula yang hanya dipisahkan oleh satu blok kedai sebuah Bakery lagi juga 'gagal' mengambil tindakan wajar atau sememangnya kementerian itu hanya mempunyai bidang kuasa dari segi pemantaun harga barang sahaja.
Beberapa pengguna Islam yang sempat ditemui memaklumkan bahawa perkara ini telah lama berlaku dan memerlukan perhatian wajar dari semua pihak terutama Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai yangh ditugaskan dalam hal ehwal agama Islam di Sabah merangkap ADUN SENALLANG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan