Khamis, 1 November 2012

BANGUNAN USIA SEMPORNA UZUR,USANG DAN TERBIAR





Jika anda adalah seorang pelancong sama ada pelancong Domestik atau pelancong asing yang ingin menikmati keindahan daerah Semporna yang terkenal dengan pulau-pulau indah dan mempersonakan itu, maka bangunan yang pertama menyambut anda tatkala sampai di Pekan Semporna ialah satu blok bangunan yang tampak uzur, usang dan terbiar.Bagi penduduk Semporna, ia sudah menjadi biasa bagi mereka, tapi bagi pelancong dan orang luar ia begitu menyakitkan mata memandang, apatah lagi Bangunan itu suatu ketika dulu menjadi mercu tanda Islam di daerah Semporna.Bangunan yang dimaksudkan itu ialah bangunan Pertubuhan Usia Seluruh Sabah atau USIA.

Bangunan USIA yang dulunya sebagai tempat atau markas gerakan politik Parti USNO sebelum parti itu dibubarkan untuk memberi laluan kepada kemasukan UMNO di Sabah dikatakan dibina pada awal 70-an.atas derma para pejuang dan dikatakan didaftarkan atas nama Penghulu Haji Hindi Basarani.

Kini Bangunan itu bukan sahaja terbiar dan usang tetapi juga tidak ada pihak yang bertanggungjawab membaikpulih bangunan itu walaupun kawasan di belakang bangunan itu sudah lama dimajukan dengan pembinaan Supermarket Giant dan beberapa blok bangunan kedai.

Sebagai rekod   Jumlah cawangan USIA meliputi 26 Bahagian USIA di seluruh Negeri Sabah termasuk WP Labuan ialah sejumlah 486 Cawangan. Jumlah ahli yang didaftarkan sebagaimana data yang direkodkan di Ibu Pejabat USIA ialah seramai 41,014 orang . Ini bermakna Pertubuhan Islam itu memainkan peranan yang penting dalam penyebaran dan pemantapan akidah Islam di Sabah.

Namun keadaan bangunan USIA SEMPORNA yang daif ini memberikan imej yang kurang baik kepada perkembangan Islam di daerah itu meskipun terdapat Pejabat Jabatan Hal Ehwal Islam negeri Sabah yang menumpang di blok kedai di Taman Sampul.

Apabila melawati web rasmi USIA SEMPORNA ini, Otto memperolehi maklumat berikut:


USIA SEMPORNA adalah antara Bahagian-Bahagian USIA Daerah yang mula-mula ditubuhkan di Negeri Sabah, bukti kepada komitmennya, USIA telah mempunyai Bangunan sendiri yang terletak di Pusat Bandar, Semporna. Yabhg. Tun Haji Sakaran Bin Dandai adalah Ketua USIA Semporna yang pertama sehinggalah melepaskan jawatan itu kerana beliau telah dipilih sebagai Yang Dipertua USIA selepas pemergian ke rahmatullah Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun. USIA Semporna telah meletakkan kepercayaan kepada Ybhg. Datuk Sapari Bin Haji Amir untuk mengetuai USIA Bahagian Semporna.

Ketua USIA Bahagian Semporna :

Ybhg. Datuk Haji Sapari Bin Haji Amir
Mantan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah.
Mantan Ketua Daerah Semporna.

Setiausaha Bahagian :

Ym. Encik Khalid Bin Datuk Haji Sapari

Timbalan Ketua :

Ym. Tuan Haji Hamad Bin Haji Mokhtar

Naib Ketua :

Ym. Tuan Ustaz Haji Abu Masykur Bin Arifin

Bendahari :

Ym. Tuan Haji Abdul Rahman Bin Tun Haji Sakaran


Ketua Belia :

Ym. Encik Hassan Basri Bin Haji Lipai

Ketua Wanita :

Ybhg. Datin Hajjah Rukiah Binti Haji Badar

Biro Dakwah :

Pengerusi : Ym. Encik Ahmad Bin Haji Anjau

Pentadbiran Pejabat USIA :

Setiausaha Kerja : Encik Abdul Rahim Bin Kassim

Pembantu : Cik Nasibah Binti Haji Abdul Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan