Kehadiran masyarakat Semporna lebih 2 ribu orang seperti yang di dakwa oleh YB Azmin Ali dalam FCBnya ketika jelajah Timbalan Presiden PKR itu di Semporna baru-baru ini tidak harus dijadikan kerangka utama politik yang mula melanda daerah Regata Lepa-Lepa itu.Perdebatan demi perdebatan di laman sosial FCB memberi gambaran bahawa seolah-olahnya kehadiran masyarakat Semporna di Majlis itu yang menyaksikan mantan PKR SULABAYAN , HJ ABDUL HABI DAN ISTERI HJH KALASAHAN bertindak mengumumkan keluar dari UMNO dan menyertai PKR sebagai satu penanda aras baru sokongan masyarakat Semporna terhadap pembangkang.Walaupun sebelum ini dalam beberapa majlis yang dihadiri oleh pemimpin PKR YB Zuraida di Taman Miramas tidak langsung mencatat rekod kehadiran yang memberangsangkan.Hatta kedatangan Datuk Seri Anwar ke Semporna di rumah TAHIR juga tidak mencatat kehadiran yang ramai.Persoalannya benarkah masyarakat Semporna benar-benar mahukan PERUBAHAN? atau hanya sekadar gimik murahan mahu menakut-nakutkan pemimpin UMNO di daerah itu? mari kita kupas sedikit sebanyak dilema masyarakat Semporna dengan ideologi kepembangkangan.
Jika ditelurusi khabar politik di daerah Semporna, tidak banyak bukti sahih bahawa pembangkang boleh merampas ketiga-tiga DUN dan satu Parlimen di daerah itu. DUN SULABAYAN yang kini diwakili oleh Datuk Herman, walaupun dikatakan terlalu lembab dengan kadar pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyat di kawasan berkenaan, namun rata-rata masyarakat di kawasan itu lebih suka dan selesa dengan UMNO /BN.
Begitu juga di DUN BUGAYA yang diwakili oleh Datuk Ramlie Marhaban. Masalah air bersih di kawasan itu pada mulanya menjadi isu utama, namun atas usaha YB itu sedikit sebanyak masalah berkenaan mula ditangani.
DUN SENALLANG yang diwakili oleh Datuk Nasir Sakaran juga mengalami dilema yang sama. Banyak komplen menyatakan bahawa YB ini jarang turun padang dan kawasan SENALLANG TERBIAR dari arus pembangunan dari segi ionfrastuktur jalan raya dan bekalan air bersih dan elektrik.
Keseluruhan insiden dan fenomena ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Semporna terhadap kepimpinan di daerah itu. Jika diamati ketiga-tiga wakil rakyat di 3 DUN berkenaan adalah golongan aristokrat atau jutawan Semporna yang menikmati kehidupan mewah dan 'GAGAL" memahami kehidupan masyuarakat daif yang terbiar dan kekurangan infrastruktur asas. Justeru itu,masyarakat Semporna mahukan PERUBAHAN atau memang mahu menukar kerajaan?
Kawasan Parlimen bagi pengamatan Otto, sudah mula memperlihatkan perubahan. Kepimpinan Datuk Shafie Apdal mengangkat martabat daerah ini sebagai daerah yang sedang rancak membangun. beberapa kolej swasta dan Mara yang ditubuhkan dan Supermarket gergasi juga memberi kemudahan peruncitan kepada masyarakat Semporna.
Persoalannya bagaimanakah masyarakat Semporna merintis perubahan sedangkan parti pembangkang seperti PKR di daerah itu sedang dalam krisis kepimpinan yang teruk. Bukankah PKR Semporna pernah digantung keputusan mesyuaratnya? Bukankah pemimpin yang terlibat dalam PKR Semporna adalah mereka yang kecewa dan tidak mendapat tempat dalam UMNO Semporna? bukankah pemimpin PKR semporan rata-ratanya adalah keluarga dari rumppun pemimpin UMNO daerah itu yang terlibat dalam dendam bergilir?
Jika benar masyarakat Semporna mahukan perubahan dan mahu menukar kerajaan, pastikan yang menduduki Kerajaan itu adalah mereka yang lebih baik dari sebelum ini. Jika tidak masyarakat Semporna akan terperangkap dalam keretapi laju yang tidak berdestinasi. Fikirkanlah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan