Rabu, 31 Oktober 2012

"KULI" KANAK-KANAK DI PASAR BESAR SEMPORNA,ANGKARA SIAPA?



Melewati hari-hari di Pasar Besar Semporna cukup merimaskan. Di Samping keadaan pasar yang kotor, ketiadaan lot parking yang mencukupi juga menyesakkan keadaan lalulintas di kawasan itu. Tindakan Majlis Daerah Semporna memperuntukkan 2 lot untuk kegunaan kakitangannya dilihat tidak praktikal kerana diwaktu yang sama pengguna terpaksa melakukan 'Double parking" ketika membeli keperluan harian.

Antara yang paling menarik diperkatakan mengenai situasi Pasar Besar Semporna ini selain harga ikan dan sumber laut yang murah, perkhidmatan membawa hasil belian bagi pengguna oleh sebilangan kanak-kanak 'terbiar' juga sedikit sebanyak meringankan beban pengguna yang terpaksa membawa hasil belian mereka berupa sayur-sayuran dan keperluan harian. "Menjual' Plastik dan menawarkan perkhidmatan membawa barangan pengguna ini dengan kadar upah yang "BEBAS" menjadikan khidmat  Kuli kanak-kanak ini sangat-sangat diperlukan. Berikan seberapa mengikut keikhlasan hati, kanak-kanak ini akan menerimanya kemudian berlalu mencari pelanggan baru. Begitulah rutin setiap hari kanak-kanak ini bermula juam 8.00 pagi dan berakhir selepas pasar besar ini berhenti beroperasi sekitar jam 5.30 petang.

Siapakah kanak-kanak yang menjadi "kuli" ini? Adakah mereka orang Tempatan atau Pendatang Asing ?Menyusuri kehidupan mereka, Otto berpeluang mendekati kanak-kanak ini, mereka bukan sahaja begitu gembira bila dihulurkan duit tetapi juga sedia berkerjasama apabila gambar mereka diambil.

Jika mengikut Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 menetapkan syarat penggajian kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dan pemuda yang berumur di bawah 16 tahun hanya dalam jenis pekerjaan yang sesuai dan di dalam perusahaan tertentu: tidak membahayakan nyawa, anggota, kesihatan dan moral.- Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal dan/atau melindungi mereka daripada eksploitasi dan tidak mengganggu persekolahan mereka. Majikan yang melanggar akta ini boleh dikenakan penalti tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2000.00 atau kedua-duanya sekali.

Persoalannya adakah kanak-kanak yang berkerja ini didalangi oleh satu sendikit atau atas kerelaan mereka sendiri? Apakah tindakan dari pihak berkuasan tempatan terutama Majlis Daerah Semporna mengenai perkara ini?

PENGGUNA ISLAM DI SEMPORNA DALAM DILEMA, TUNTUT CAMPURTANGAN DATUK NASIR TUN SAKARAN

Nasib majoriti pengguna Islam di daerah Semporna berada pada kedudukan yang membimbangkan, berikutan beberapa bakery atau kedai roti yang berada di pekan daerah itu tidak memaparkan lambang HALAL. Produk-produk berasakan roti yang dijual dibeberapa super market seperti Milimewa,Bakhtiar Shopping Centre,dan kedai-kedai runcit lain jelas tidak mengandungi 'perkataan ATAU  LOGO HALAL daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ataupun dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Manakala JHEAIS cawangan Semporna pula dilihat tidak mempedulikan perkara ini, buktinya apabila pejabat JHEAIS cawangan Semporna hanya dipisahkan oleh beberapa lot kedai dengan salah sebuah kedai bakery di Taman Sampul. Tidak ada tindakan yang diambil, manakala produk dari kedai ini dijual secara berleluasa.

Daripada tinjauan yang dilakukan mendapat walaupun terdapat beberapa produk roti mengandungi Logo Halal seperti jenama GIANT dan jenama BISMI ,namun ia tidak dapat menampung keperluan pengguna Islam di daerah itu.

Pihak berkuasa  seperti Kementerian Hal Ehwal pengguna cawangan Semporna pula yang hanya  dipisahkan oleh satu blok kedai sebuah Bakery lagi juga 'gagal' mengambil tindakan wajar atau sememangnya kementerian itu hanya mempunyai bidang kuasa dari segi pemantaun harga barang sahaja.

Beberapa pengguna Islam yang sempat ditemui memaklumkan bahawa perkara ini telah lama berlaku dan memerlukan perhatian wajar dari semua pihak terutama Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai yangh ditugaskan dalam hal ehwal agama Islam di Sabah merangkap ADUN SENALLANG.

Isnin, 29 Oktober 2012

MOMOKAN RAKYAT TERHADAP DATUK SHAFIE APDAL

Datuk Shafie Apdal disaran untuk mengubah pendekatan politiknya terhadap rakyat di Semporna. Dalam ledakan maklumat dihujung jari serta perkembangan ICT yang memberangsangkan di daerah itu, Datuk Shafie masih berada di 'takuk' lama, apabila dalam setiap lawatannya ke kawasan-kawasan perkampungan daerah Semporna lebih kepada sekadar memberi ucapan daripada mengadakan sesi dialog dengan masyarakat setempat untuk mengetahui masalah yang dihadapi terutama golongan muda yang rata-rata 'terpaksa' meninggalkan daerah Semporna untuk berkelana ke Semenajung lantara kekurangan peluang pekerjaan.

Lawatan 'mengejut' tetapi 'terancang' oleh Datuk Shafie Apdal di Kg Menteritip pada hari Raya pertama Aidiladha 4 hari lalu, bukan sahaja menghampakan segelintir belia yang hadir tetapi juga mendapat maklumbalas yang pelbagai dari kalangan masyarakat yang hadir. Seorang pensyarah ( namanya dirahsiakan) di sebuah IPT yang secara kebetulan turut datang dalam majlis berkenaan melahirkan kekecewaan kerana ucapan Datuk Shafie pada majlis berkenaan selama 45 minit lebih banyak menyentuh tentang isu keadaan luar negara yang kononnya tidak selamat dan tenteram ekoran dari kerajaan yang goyah. Sebaliknya keadaan kampung yang daif dengan jalanraya serta sekolah yang begitu uzur lebih dari 30 tahun tidak menarik minat MP Semporna itu.

Menurut beliau sepatutnya dalam tempoh 45 minit itu, datuk Shafie membuka ruang sesi dialog bersama rakyat untuk memberi peluang kepada hadirin melahirkan dan menyatakan pandangan mengenai beberapa rancangan dan program untuk rakyat yang dikatakan di'bawa' oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar itu.
Tetapi nyata Datuk Shafie masih menggunakan taktik 'ucap' dan'faham' meskipun PM Datuk Seri Najib berulang kali mengingatkan bahawa sudah tidak relevan lagi dimana wakil rakyat "mengetahui' segala-galanya.

Dalam beberapa siri lawatan Datuk Shafie di sekitar daerah semporna sebelum ini, juga menampakkan MP Semporna lebih dari 3 penggal itu masih mengekalkan stail 'berucap' daripada mendengar keluhan rakyat melalui sesi dialog."Datuk Seri Shafie Apdal hatus mengubah minda dan pendekatan politiknya, kerana rakyat sekarang bukan sahaja mahukan peruntukan dan pembangunan tetapi juga mahukan rintihan mereka didengar dan kehendak bersama mereka ditunai" katanya kepada Otto .

Jumaat, 19 Oktober 2012

DARI MANA PUNCA DANA 40 JUTA YANG DITERIMA UMNO SABAH?

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tiada masalah bagi Umno Sabah untuk menerima 'sumbangan' berjumlah RM40 juta daripada seorang individu.


"Tiada masalah dengan sumbangan. Ia bukan kesalahan. Kalau nak jadikan kesalahan kita kena buat undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan lisan di Dewan Rakyat hari ini.


Menteri itu memberi alasan, tiada kesalahan dengan transaksi seperti itu memandangkan tiada undang-undang untuk menghalang sumbangan kepada parti politik.


Maka, sesiapa saja boleh menyumbang sebanyak mana yang mereka mahu, katanya lagi.


Jutawan balak Sabah, Michael Chia pada 2008 ditahan di Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya, sebelum lelaki itu berjaya berlepas dengan pesawat ke Malaysia.


Chia ditahan dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram. Chia memberitahu penyiasat rasuah Hong Kong ICAC bahawa wang tersebut adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah 'sumbangan politik' (political donation) untuk Umno.


Bagaimanapun, Presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.


Nazri dalam jawapannya di Dewan Rakyat, sehari sebelumnya berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan wang itu merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Musa.

Khamis, 18 Oktober 2012

KEBAKARAN DI KG SELAMAT SEMPORNA BERPUNCA DARI APA?


Gambar ehsan : Habbal Min Sampulna

satu lagi malapetaka berlaku di daerah Semporna pagi tadi (18/10/2012) apabila hampir keseluruhan rumah penduduk di Kg Selamat yang terletak kira-kira 2 km dari pekan semporna terbakar. daripada laporan media dikatakan seramai 611 orang terlibat dalam kebakaran itu yang menyaksikan kehilangan tempat tinggal dan kerugian harta benda mencecah ratusan ribu ringgit.

Sebelum ini perkampungan air di Semporna telah berberapa kali mengalami kebakaran seperti di Kg Air dan Kg Bangau-bangau. Menurut sumber yang boleh dipercayai kebanyakkan penduduk yang mendiami kg Selamat ini adalah terdiri daripada pendatang asing yang membuat penyambungan elektrik secara haram dari rumah ke rumah.

Kepintaran mereka mengaburi mata pihak berkuasa termasuk SESB telah menyebabkan isu penyambungan elektrik secara haram ini berleluasa seolah-olah tidak pernah diambil tindakan.

Selaku orang Semporna, kita meminta agar pemimpin seperti Datuk Seri Shafie Apdal melalui pejabat Daerah Semporna sudah dapat mencari satu langkah berkesan termasuk mengaktifkan Rela dan pihak berkuasa di perkempungan tersebut supaya tidak menjadi pusat masalah sosial di Semporna.