Jumaat, 9 Mac 2012

KETUA POLIS SEMPORNA MENINGGAL





Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Azim Khan Abdullah dilaporkan meninggal dunia di Hospital Semporna malam Selasa lepas.

Allahyarham Mohd Azim yang akan menyambut ulangtahun ke-50 Sabtu ini disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam dipercayai akibat serangan jantung.

Difahamkan pada Selasa kira-kira jam 10 malam, allahyarham mengadu rasa sakit pada bahagian kiri badannya lalu menghubungi salah seorang rakannya untuk dihantar ke hospital.

Bagaimanapun, kurang satu jam selepas menerima rawatan, dia disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital akibat serangan jantung.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan empat orang anak mula bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Semporna sejak Julai 2007.

Sebelum itu, beliau yang berasal dari Alor Setar, Kedah juga pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan dekat sini sebagai ketua bahagian latihan dan sukan.

Mayat allahyarham telah dibawa ke Kuala Lumpur dari Tawau pada jam 3.20 petang kelmarin sebelum dibawa ke kampung halamannya di Alor Setar untuk disemadikan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib ketika dihubungi kelmarin berkata pemergian allayarham merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya IPK Sabah. “Selama allayarham bertugas sebagai ketua polis di daerah Semporna, banyak yang telah disumbangkan termasuk menurunkan indeks jenayah di sana.

“Saya bagi pihak polis kontinjen Sabah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allayarham,” katanya. - Utusan Borneo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan