Jumaat, 9 Mac 2012

JAMBATAN BUM-BUM RANGSANG EKONOMI SABAH





PEMBINAAN jambatan Pulau Bum Bum (Jambatan PBB) dianggap sebagai usaha bestari untuk mengeluarkan Sabah keluar daripada Putaran Ganas Kemiskinan kerana masalah prasarana adalah salah satu punca Bank Dunia melabelkan Sabah sebagai salah satu negeri termiskin di Malaysia.

Naib Presiden USNO (Penaja), Abdullah Sani Hj Abdul Salleh menjelaskan demikian sebagai menjawab pandangan AMANAH Sabah dan Mantan Ketua Menteri Sabah, Datyk Harris Salleh yang mengklasifikasikan Jambatan PBB sebagai projek membazir dan tidak praktikal untuk melonjak ekonomi Sabah.

Abdullahsani melihat pembinaan Jambatan PBB dari sudut kemanusiaan dan kesejagatan dan mengenepikan fahaman komunis dan sosialis di Sabah yang hanya melihat projek dari sudut ekonomi dan kapitalis.

Dalam sistem dan konsep kenegeraan yang diamalkan di Malaysia ke arah ‘Nation Building’, kata Abdullahsani, kerajaan hendaklah menjaga kepentingan semua pihak agar konsep yang diamalkan hari ini selari dengan kepentingan sejarah, faktor sosial dan kebergantungan penuh kepada kontrak sosial yang telah lama dimaterai.

Rakyat pulau Bum Bum berhak mendapat pembangunan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan mereka selama ini kepada pembangunan negara dan tidak boleh mengukur hak mereka melalui kepentingan sistem kapitalis yang menjulang untung rugi dan tunjangan ekonomi.

"Negara ini bukan Negara ‘Business’. Negara ini dibentuk melalui sistem demokrasi yang terikat oleh beberapa syarat melalui Perjanjian Malaysia dan menekan kepentingan serta keperluan penduduk tempatan di tempat Utama sebagai pra-syarat ke arah kemerdekaan," kata Abdullahsani yang menekankan bahawa faktor sejarah, pendidikan, ekonommi BIMP-Eaga, urbanisasi, hubungan antarabangsa, pelancongan dan keusahawanan saling berhubung kait, malah komposisi pengundian juga harus diambil kira.





Tegas Abdullahsani, dari segi sejarah, Pulau Bum Bum telah terkenal di peringkat antarabangsa melalui peperangan Bajau Omadal dengan penjajah Inggeris 125 tahun lalu dan menjadi nostalgia kepada bekas dan waris pejuang yang mempertahankan bumi bertuah tersebut.

Mengikut Sejarah yang ditulis Orientalis Barat, penduduk Omadal adalah kumpulan pertama rakyat tempatan yang pernah menentang penjajah di Era Magindora di antara 1884 sehingga 1885.

Sehubungan itu, kata Abdullahsani, apalah ertinya peruntukan RM430 juta berbanding dengan 'harga' kedaulatan Magindora yang tercatat dalam sejarah bahawa satu-satu 'Thailand' (tanah bebas) di Malaysia yang tidak pernah dijajah Inggeris ialah Omadal iaitu Pulau Bum Bum.

"Peruntukan RM430 juta tidak dapat menebus darah perwira Magindora yang gugur mempertahankan Omadal daripada dijajah Inggeris. Pembinaan jambatan PBB tidak mampu menghidupkan kembali pahlawan Magindora, namun mampu mengubat luka waris yang diabaikan selama ini," ujar Abdullahsani

Kini, kata Abdullahsani, Pulau Bum Bum terletak di tengah-tengah Segi Tiga Emas (Golden Triangle) BIMP-Eaga yang menjadi nadi pembangunan rantau ini kerana menjadi sempadan kepada tiga negara iaitu Sabah Malaysia; Mindanao Filipina dan Kalimantan Indonesia dan satu lagi negara jiran, Ahli BIMP-EAGA iaitu Brunei Darulssalam.

"Saya berpendapat, berdasarkan lokasi yang strategik, Pulau Bum Bum boleh bangkit kembali menjadi Pusat Entrepot yang pernah menjalin hubungan dagang dengan Kesultanan Sulu, Kesultanan Bulongan dan Dynasti Ming dalam industri sarang burung dan tembikar (Bukit Tengkorak) ketika di zaman keagungan Magindora," ujar Abdullahsani yang menyifatkan pembinaan Jambatan PBB akan melonjakan industri pelancongan Semporna.

Dengan pengiktirafan Pekan Semporna sebagai 'World Class Tourism Distination', maka kata Abdullahsani, pembinaan Jambatan PBB bakal meraih sejumlah besar daripada industri pelancongan yang dijangkakan melonjak daripada RM4 billion kepada RM10 bilion menjelang 2015.

Sehubungan itu, Abdullahsani menolak sekeras-kerasnya dakwaan semua pihak yang membantah projek penting ini dan menyifatkan mereka sebagai pengkhianat negara kerana cuba mensabotaj ekonomi negara.

Mungkin Harris dan AMANAH bagaikan nelayan yang kehilangan pukat gagal menangkap ikan di laut dalam kerana tidak menyedari bahawa Pulau Bum Bum yang belum tersentuh selepas kemenangan kita mendapat Pulau Sipadan di The Heque 2002; adalah Zon Eklusif Ekonomi Lautan Sulawesi yang menyimpan stok sumber minyak dan gas asli 100 kali ganda di ND6 dan ND7 berbanding simpanan Pulau Labuan dan Kimanis!

2 ulasan:

  1. Bila mahu buat bos ,,cerita buat jambatan pulau bum2 ni dari zaman pak la lgi sampai sekarang tak buat2 apa sudah jadi n mana pergi duit untuk buat jambatan bum2 ,,,tunggu pulau 2 kosong baru nk buat ke,,,,,bos,,,,mn BN , mn menteri kampung sendiri pun tk di pandang apa n bos,,,,,fikir2 kn la

    BalasPadam
  2. Bila mahu buat bos ,,cerita buat jambatan pulau bum2 ni dari zaman pak la lgi sampai sekarang tak buat2 apa sudah jadi n mana pergi duit untuk buat jambatan bum2 ,,,tunggu pulau 2 kosong baru nk buat ke,,,,,bos,,,,mn BN , mn menteri kampung sendiri pun tk di pandang apa n bos,,,,,fikir2 kn la

    BalasPadam