Selasa, 14 Februari 2012

Utamakan pelajaran capai kecemerlangan-Dato Sri Nasir Tun Sakaran




PELEPASAN LARIAN...Nasir (kiri) membunyikan peluit melepaskan peserta pelajar perempuan memulakan larian itu di SMK Datuk Panglima Abdulllah,Semporna. (Gambar bawah): UTAMAKAN PELAJARAN...Dato Sri Nasir (tengah) berbual sambil memberi nasihat kepada sebahagian pelajar perempuan selepas melancarkan Larian Sukan Tahunan SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

PESERTA LARIAN...Sebahagian pelajar perempuan yang menyertai larian itu di SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

MESTI ADA KESUNGGUHAN...Nasir (kiri) menyampaikan amanat sempena Pelepasan Larian Sukan SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

SEMPORNA: Pelajar-pelajar sekolah khususnya di luar bandar dingatkan lebih mementingkan pelajaran demi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Budaya positif itu harus dipupuk sepanjang masa supaya pelajar di luar bandar mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka di bandar. Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menegaskan meskipun pelajar-pelajar sekolah aktif dalam bidang sukan namun mereka hendaklah bijak membahagi masa supaya tidak tercicir dalam bidang pelajaran.

 Nasir berkata demikian sempena melancarkan Larian Sukan Tahunan SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna. Hadirsama sempena majlis itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan DUN Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabahani;Pengerusi PIBg SMK DPAbdullah,Japaran Rairala dan Pengertua SMK DPA,Rangiya Muthusamy. Selain itu kata Nasir,bimbingan berterusan daripada ibu-bapa dan guru perlu untuk kecermelangan pelajar. 


Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,mengingatkan ibubapa sentiasa memantau aktiviti sekolah dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Katanya,ibubapa hendaklah sentiasa berhubung dengan pihak guru-guru mengenai perkembangan pelajaran anak-anak dari masa ke masa. Selain itu,kerjasama dikalangan Persatuan Ibubapa dan Guru juga seharusnya lebih intim bagi bagi merancang dan memastikan peningkatan serta kemajuan pelajaran murid-murid dapat dipantau dan dikawal selia. Nasir menambah,meskipun demikian golongan ibubapa tidak seharusnya menyerahkan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak guru sahaja sebaliknya mereka (ibubapa) hendaklah memantau dan memastikan anak-anak mereka mentelaah pelajaran di rumah.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan