Selasa, 21 Februari 2012

SIAPA CALON N 52 DUN SULABAYAN, SEMPORNA


Datuk Ainal Hj fatah.Antara yang disebut-sebut berpotensi menjadi calon N52 Sulabayan


Pada PRU 11, n 52 DUN SULABAYAN menjadi rebutan ahli-ahli politik di Semporna apabila seramai 6 orang mempertaruhkan idealisme masing-masing sebagai ganjaran kepada rakyat di kawasan yang 100% di pisahkan dari tanah besar, Semporna itu. Pertarungan 6 penjuru itu akhirnya tuntas apabila calon dari BN ketika itu, MOHD. LAN ALLANI memenangi kerusi berkenaan dengan undi 3,076 mengalahkan yang lain dengan kelebihan undi 2,337. Sebelum itu pada PRU 10 (1999), Mohd Lan Allani hampir tersungkur kepada politikus tarbiyaan USNO, Datuk Askalani Abdul Rahim dari BERSEKUTU. Pada PRU itu, Mohd Lan memperolahi undi sebanyak 3,302 manakala Datuk Askalani memperolehi undi sebanyak 2,340. Bermakna kelebihan undi hanya 926 sahaja. Sedangkan pada waktu itu pertandingan adalah 5 penjuru. Jika Satu lawan satu antara Mohd Lan dengan Datuk Askalani, ada kemungkinan Datuk Askalani memenangi PRU tersebut sekaligus menyaksikan parti BERSEKUTU di bawah pimpinan mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haris Salleh bakal memperolehi kerusi DUN nya.

Pada PRU 12 pula Mohd Lan digugurkan dan diganti oleh ,Haji Harman Mohammad yang memperolehi undi sebanyak  4,501 ,ditentang oleh calon PKR Abdul Wahab Pg. Abdullah yang memperolehi undi sebanyak  2,461, Ini memberi kemenangan kepada Calon BN, HJ. Harman dengan majoriti 2,037.

PRU 13 yang hanya ditunggu bila Najib petik semboyannya ini sudah kedengaran senarai calon tidak rasmi pilihan penduduk Bum-Bum.

Ahad, 19 Februari 2012

MALAYSIA DAN ISRAEL ERA MAHATHIR









Surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel Laknatullah Ehud Barak!!
Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi Laknatullah!!






1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang.



Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia.



Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir.



Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.



10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.



Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.



1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan).


Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.


6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.


Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.


6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP.


Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967.


Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.


17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".


13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review (FEER) melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."


Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.


Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang.

Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.


21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.


Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.


1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.


September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

Selasa, 14 Februari 2012

Utamakan pelajaran capai kecemerlangan-Dato Sri Nasir Tun Sakaran




PELEPASAN LARIAN...Nasir (kiri) membunyikan peluit melepaskan peserta pelajar perempuan memulakan larian itu di SMK Datuk Panglima Abdulllah,Semporna. (Gambar bawah): UTAMAKAN PELAJARAN...Dato Sri Nasir (tengah) berbual sambil memberi nasihat kepada sebahagian pelajar perempuan selepas melancarkan Larian Sukan Tahunan SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

PESERTA LARIAN...Sebahagian pelajar perempuan yang menyertai larian itu di SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

MESTI ADA KESUNGGUHAN...Nasir (kiri) menyampaikan amanat sempena Pelepasan Larian Sukan SMK Datuk Panglima Abdullah,Semporna.

SEMPORNA: Pelajar-pelajar sekolah khususnya di luar bandar dingatkan lebih mementingkan pelajaran demi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Budaya positif itu harus dipupuk sepanjang masa supaya pelajar di luar bandar mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka di bandar. Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menegaskan meskipun pelajar-pelajar sekolah aktif dalam bidang sukan namun mereka hendaklah bijak membahagi masa supaya tidak tercicir dalam bidang pelajaran.

 Nasir berkata demikian sempena melancarkan Larian Sukan Tahunan SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna. Hadirsama sempena majlis itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan DUN Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabahani;Pengerusi PIBg SMK DPAbdullah,Japaran Rairala dan Pengertua SMK DPA,Rangiya Muthusamy. Selain itu kata Nasir,bimbingan berterusan daripada ibu-bapa dan guru perlu untuk kecermelangan pelajar. 


Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,mengingatkan ibubapa sentiasa memantau aktiviti sekolah dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Katanya,ibubapa hendaklah sentiasa berhubung dengan pihak guru-guru mengenai perkembangan pelajaran anak-anak dari masa ke masa. Selain itu,kerjasama dikalangan Persatuan Ibubapa dan Guru juga seharusnya lebih intim bagi bagi merancang dan memastikan peningkatan serta kemajuan pelajaran murid-murid dapat dipantau dan dikawal selia. Nasir menambah,meskipun demikian golongan ibubapa tidak seharusnya menyerahkan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak guru sahaja sebaliknya mereka (ibubapa) hendaklah memantau dan memastikan anak-anak mereka mentelaah pelajaran di rumah.Oleh:ARSHAD HUSSIN

TAWAU HADAPI KRISIS AIR

TAWAU, (20 Jan): Kira-kira 70 peratus pengguna air di daerah ini terpaksa berdepan dengan masalah bekalan air terputus sejak kelmarin setelah operasi Loji Air Cinta Mata terpaksa dihentikan seketika, ekoran masalah paip tersumbat.

Jurutera Air Bahagian Tawau, Bahrin Antonio berkata, masalah itu berpunca dari banjir kilat yang menyebabkan paip dan tangki dipenuhi pasir, sekaligus memaksa pihaknya menghentikan loji untuk kerja-kerja pembersihan.

Antara pengguna yang terjejas jelasnya ialah mereka yang tinggal di sekitar bandar Tawau, Jalan Utara, Jalan Kuhara, Jalan Air Panas dan Jalan Sin On.

“Kerja-kerja pembersihan ini kini giat dilakukan dan kita berharap pengguna dapat bersabar buat seketika. Jimatkan juga penggunaan air sementara menunggu bekalan kembali pulih,” katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, pembekalan air menggunakan lori ketika ini hanya dapat dilaksanakan di kawasan-kawasan kritikal seperti hospital dan bukannya kepada pengguna.

“Kita faham ramai pengguna memerlukan air untuk membersihkan rumah dan sebagainya. Tetapi kita berharap mereka tidak melakukannya buat masa ini terutamanya dengan air di dalam tangki simpanan.”
“Kalau sekadar sehari, saya percaya air simpanan masih cukup jika hanya untuk makan minum. Kita berharap masalah bekalan ini kembali pulih esok (hari ini),” katanya lagi.
Menurut Bahrin, pengguna yang ingin mendapatkan keterangan lanjut tentang hal itu boleh berhubung dengan pihaknya di talian 089-761057.

SEMPORNA SYURGA PELANCONG


Daerah Semporna merupakan daerah yang sibuk menerima kemasukan pelancong setiap hari. Sebab utama mereka ke mari adalah kerana kejernihan air laut yang tiada bandingannya. Atas sebab ini, banyak aktiviti dapat dilaksanakan seperti menyelam, 'snorkeling', berenang, memancing dan sebagainya. Pengunjung boleh menikmati keindahan laut dan menyelam di pulau-pulau sepertiSipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan. 


Terdapat lebih 20 operator pelancongan wujud di Semporna untuk menguruskan percutian anda. Operator ini menganjur dari hotel/resort, kursus menyelam (PADI Diving Courses) bertaraf dunia, khidmat penyewaan bot untuk tujuan 'island hopping' dan memancing hingga ke restoran-restoran yang menyediakan makanan laut yang lazat. Untuk keselamatan penyelam, TLDM Semporna (KD Sri Semporna) menyediakan khidmat rawatan kecemasan khas bagi menangani kes-kes kecederaan menyelam. 


Untuk tujuan menyelam, 'snorkeling', berkelah, berbulan-madu, 'island-hopping' dan menginap di 'resort' rumah-rumah air, anda boleh memilih untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ini samada di Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking, Pom-pom, Sibuan, dan di Taman Marin Tun Sakaran. Bagi yang gemar memancing, anda boleh memilih untuk memancing di laut atau di tepi pantai bahagian tanah besar Semporna. Perkhidmatan 'sewa bot' ada disediakan di sepanjang kawasan pantai Pekan Semporna manakala peralatan memancing seperti joran, 'rapala', kail, tangsi dan lain-lain boleh anda dapatkan dengan mudah di kawasan pasar, supermarket Milimewa dan Bandar Baru Pekan Semporna (berhampiran dengan 'Resort floating Dragon-Inn'). Lain-lain keperluan penjagaan diri (seperti sunblock/sunscreen) boleh didapati di 'Guardian', Semporna.

Bagi yang suka mengkaji 'kehidupan lampau' anda boleh mencubanya di Tapak Arkeologi Bukit Tengkorak di kawasan Tampi-tampi. Selain dari 10 sebab yang tertera di atas, ada juga usahawan yang datang ke Semporna untuk tujuan pelaburan industri rumpai-laut (seaweed). Pengarah-pengarah filem terkenal juga mengeksploitasi Semporna untuk filem komersil dan dokumentari. Antara filem yang pernah di arahkan disini ialah 'Duyong' terbitan KRU Films. Filem ini di lakonkan oleh Saiful Apek, Yassin, Yasmin Hani dan Maya Karin. Kebanyakan aksi filem Duyong diarah dan dilakonkan di kawasan Tampi-tampi, Semporna. Pihak National Geographic juga membuka pejabat kecilnya di sini.


Hotel dan resort yang beroperasi di Semporna menyediakan pakej-pakej percutian yang memenuhi bajet anda. Selain dari pakej berbulan madu, pakej perkahwinan dasar laut & ala Bajau tempatan juga semakin mendapat perhatian dari dalam dan luar negeri. Untuk 'pencinta-alam' dan 'rombongan', terdapat juga operator yang menyediakan 'bed and breakfast', 'homestay' dan dorm (dormitory-room) disini. Makanan dan minuman disini disediakan pelbagai jenis dari masakan melayu, cina, bajau tempatan hingga ke selera barat. Yang paling mendapat perhatian adalah makanan laut sehingga pihak 'Jalan-jalan Cari Makan - TV3' pun pernah memberi pengiktirafan kepada restoran-restoran di Semporna.


Jika anda sudah biasa dengan ikan, sotong, udang dan ketam, mungkin anda boleh mencuba makanan laut lain seperti kamun (udang-mantis), ikan 'bolong', ikan 'belawis', ikan buntal, sotong kurita, isi ketam, udang 'lobster', ikan tuna, kerapu, 'sunuk' dan ikan 'ogos' yang mudah didapati disini. Jangan terkejut jika saiz ikan disini besar-besar atau bersaiz 'XL' kerana sejak dari dahulu lagi makanan laut disini sememangnya 'sempurna'. Mungkin namanya agak ganjil bagi sesetengah kita, namun rasanya enak sekali. Jika makanan laut bukan pilihan anda, anda boleh mencuba 'nasi payau' (payau - rusa dalam bahasa tempatan), sup isi ketam atau 'kueh teow basah' yang menjadi 'trademark' daerah ini. Kepada anda yang suka mencuba 'hawker's food', 'sayap-ayam', gado-gado dan soto boleh dinikmati dengan harga yang sangat berpatutan.


kesimpulannya, Semporna sememangnya satu daerah yang menarik dan menjadi tarikan utama pelancong. adalah rugi jika mereka yang datang ke Sabah tidak menjejakkan kaki ke Daerah Semporna.