Khamis, 18 April 2013
DATUK SHAFIE APDAL Vs DR ZAMREE. MAGBOG-BOG NAH
Kehadiran Dr Zamree Hj Habi dalam percaturan dunia politik parti PKR di bumi tongtalun ,Semporna pada PRU 13 ini diliaht banyak pihak sebagai prinsip meneguk di air keruh. Dr Zamree yang diumumkan akan menentang Datuk Shafie Apdal di Parlimen Semporna dikatakan adalah calon bidan terjun paling melucukan dalam sejarah parti politik PKR di Semporna. Hanya berbekalkan pengetahuan dari kepakaran dalam bidang perubatan, tidak akan dapat menjamin DR Zamree diterima pengundi golongan muda di daerah ini. Apa kapasiti Dr Zamree ‘menentang’ Datuk Shafie? Apa blue print beliau untuk golongan non partisan yang terdiri dariada anak-anak muda yang ‘kelaparan’ memerlukan suntikan idealisme perjuangan baru di bumi Semporna? Apakah juga jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh Dr Zamree dalam merencakkan pembangunan jiwa dan minda anak-anak Semporna? Selain daripada, menyertai politik kerana dendam dan kesumat lantaran pertelingkahan keluarga yang berakhir dengan pemecatan bapanya Hj habi dari UMNO.
Ramai yang meramalkan, Dr Zamree akan hanya menjadi politikus picisan tatkala mengambil keputusan menentang Datuk Shafie. Dr Zamree dijangka akan ‘dimalukan’ apabila kehilangan wang deposit sepertimana yang berlaku ke atas Aziz Abd. Hamid ,pada PRU 2008. Walaupun pada hemat penulis, DR Zamree akan dapat membuat kejutan paling besar dalam sejarah politik Semporna, apabila dapat ‘menjinak’kan Datuk Shafie Apdal. Atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan “majoriti’ Menteri KKLW yang pernah digossipkan dengan pelakon seksi Zahida R.itu.
Dr Zamree seharusnya tidak terjebat dalam apa-apa juga bentuk politik benci membenci, sebaliknya bersedia awal dengan cetusan idea bersama membawa dan membantu menaiktaraf keperluan dan kualiti hidup masyarakat Semporna. Begitu ramai pejuang-pejuang politik parti PKR yang dijahanamkan oleh pucuk pimpinan atasan hanya gara-gara terpengaruh dengan kredibiliti Dr Zamree yang kononnya boleh membuat kejutan besar dengan menumpaskan menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah itu. Sedangkan penglibatannya dalam dunia politik PKR hanya tidak sampai 2 tahun, manakala puluhan lagi di Semporna yang bertungkus lumus memastikan perjalanan parti itu untuk hidup di tengah-tengah kerancakan perjuangan UMNO.
Budaya “MAG BOG-BOG NA’! Mungkin satu kelebihan kepada Dr Zamree yang dikatakan mempunyai rangkaian kekeluargaan yang ramai, apatalah reputasi ayahnya Hj Habi yang pernah menjadi AJK UMNO Semporna dan mantan PKR Sulabayan. Manakala ibunya juga Hajh Kalasahan adalah AJK Wanita UMNO Semporna sebelum, mengambil keputusan keluar dari parti itu. Sebagai rekod abang Dr Zamree iaitu Naxion adalah juga mantan ketua pemuda UMNO Semporna, sebelum kalah tipis kepada sepupunya Ajis Jamman dalam satu perebutan jawatan ketua pemuda paling tragis dalam politik UMNO bahagian itu.
Kini hanya terpulang kepada pengundi di Parlimen Semporna , apakah akan memilih Dr Zamree mewakili mereka ke Parlimen , menyuarakan hasrat dan aspirasi mereka? Atau mengekalkan Datuk Shafie Apdal, Naib presiden UMNO dan menteri KKLW yang dikatakan menyubang besar kepada peningkatan pembangunan di daerah itu.
Selain daripada isu kekayaan dan harta yang dijangka menjadi isu utama kempen kali ini, diramal isu moral, isu pembinaan Jambatan Bum-Bum akan turut menjadi isu utama. Namun apa yang menjadi perhitungan masyarakat Semporna adalah merasai kemanisan apa yang dikatakan ‘PERUBAHAN’. Kepada anda dan anda dan anda penentu politik dua mandusia ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan