Oleh : CITRA MASADI
TIDAK cukup dengan janji palsu yang dijaja selama ini, ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang terus menerus menyusahkan rakyat kerana memperdaya rakyat dengan menggunakan BR1M sebagai modal kempen politik.
Saya menerima panggilan daripada orang ramai yang telah menerima surat kelulusan daripada LHDN untuk menuntut baucer BR1M mereka, tetapi kecewa kerana majlis penyampaian di Dewan Sri Kunak telah dibatalkan tanpa sebab munasabah.
Sampai bila Nilwan mahu menjual orang? Tidaklah baik menyusahkan rakyat yang bukan sahaja miskin, malah mengharapkan BR1M untuk menyambung kehidupan yang kais pagi belum tentu makan petang.
Ramai di antara mereka telah membuang tambang dan ada yang terpaksa berjalan kaki sejauh 15 batu dan mendayung sampan selama tiga jam untuk sampai ke Dewan Sri Kunak semata-mata untuk mendapatkan hak mereka; tetapi hampa kerana majlis dibatalkan.
Berdasarkan tinjauan rambang, saya mendapati seramai lebih 300 orang berada di Dewan Sri Kunak hari ini (kelmarin) tetapi tidak ada walau seorangpun Pegawai yang bertugas untuk mengatur pengagehan Baucer BR1M.
Saya terkejut kerana seorang Wanita Tua merungut dan marah sambil mengatakan; "Adun Kunak ini bikin kami macam kambing. Disuruh datang tetapi kami dikurung di kandang, tidak dikasi makan. Mungkin hanya menunggu untuk disembelih sahaja."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan