Khamis, 26 Januari 2012

SABAH TETAP KUBU KUAT BN

MAKLUMAT terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.


Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.

Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.

Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno di PWTC.

Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.Najib selaku Perdana Menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yangterus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagehan.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supayabekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekaltidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen 'panas' seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut

Selasa, 24 Januari 2012

SAKARAN RASUAH 50,000 EKAR TANAH BUAT ANWAR?



DI SAAT Perdana Menteri Najib terus dengan ucapan klise (kitar semula) semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, musuh politik utama beliau sebaliknya kini berada di Sabah merasmikan sambutan yang sama yang dihadiri lebih 4 ribu hadirin pelbagai kaum yang berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah dua hari berada di pulau Borneo, sebentar tadi mendedahkan bagaimana seorang bekas Ketua Menteri Sabah kelapan pada zaman dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah menyatakan hasrat mahu memberikan tanah seluas 50 ribu ekar kepadanya sebagai hadiah atas nama ayahnya, Ibrahim.

Anwar menjelaskan lagi bahawa atas nama siapa sekalipun dia tidak akan mengambil seinci pun tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mahupun keluarga kerana sudah dididik dengan ajaran agama dan moral sejak di bangku sekolah lagi.

Tegas Anwar, bekas Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tun Sakaran bin Dandai yang menjawat jawatan tersebut pada 1994, apabila setahun kemudian dia dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) sehingga digantikan oleh Tun Ahmadshah Abdullah pada 2002.

Tegasnya lagi, jika pemimpin Pakatan Rakyat berangan-angan untuk melakukan perkara sama, dia sendiri yang akan mengusir pemimpin tersebut kerana ia merupakan amanah rakyat yang mahukan pentadbiran cekap, telus dan berintegriti.

Tambah Anwar lagi, Pakatan Rakyat semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak, malahan buktinya, sejak semalam, hampir kesemua anggota pasukan keselamatan dari Sibu dan Kanowit di Sarawak lagi beramai-ramai menghulur tangan bersalaman tanda kesyukuran dengan pembebasannya serta bertuah dapat menatap sendiri pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran Umno-APCO.

Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat Sabah semasa peristiwa pembebasannya dari tuduhan fitnah liwat 9 Januari lalu.

Anwar sekali lagi menjanjikan rakyat Sabah peluang untuk membangunkan negeri dengan penyerahan royalti minyak sekurang-kurangnya 20 peratus dari hasil jualan produk petroleum berbanding hanya lima peratus yang diberikan Umno-APCO dan Barisan Najis selepas Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Tegas Anwar, semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008 lalu, orang Sabah serta Sarawak telah sekali lagi memberi peluang kepada BN untuk membetulkan kesilapan mereka, akan tetapi malangnya apa yang dihajatkan tidak ditunaikan sebaliknya Sabah terus berada pada kedudukan kedua paling miskin di Malaysia selepas Sarawak, walaupun dilimpahi dengan khazanah hasil bumi yang banyak.

Gelombang perubahan yang dirasai sedang bersemarak di serata Borneo dengan pencapaian lebih baik kini di mana seramai lebih 3 ribu ahli PKR baru berjaya didaftarkan di seluruh negeri itu terutamanya di Tenom, Tuaran dan Kalabakan.

Hadirin yang mendengar ucapannya bersemangat dan teruja setiap kali penegasan Anwar untuk seluruh rakyat Sabah bergema di Dewan Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu hingga ke luar dewan yang penuh sesak dengan hadirin dari sekitar bandaraya ini.

Sambutan diserikan lagi dengan tarian singa dan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina yang mendominasi majlis yang turut dihadiri seluruh pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.

Penjelasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan fitnah liwat terhadapnya hanyalah rekayasa Umno-APCO semata-mata kerana tiada satu pun fail rasuah membabitkan dirinya dibuktikan semasa memegang jawatan dalam kerajaan sehingga dipecat pada 1998.


Ahad, 22 Januari 2012

SEMPORNA BERPONTENSI JADI PANGKALAN TUDM




SEORANG peguam kelahiran Semporna, Datuk Ainal Fattah, mencadangkan supaya pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia turut dibina di Pulau Bum Bum.

Bercakap kepada New Sabah Times beliau berkata, dengan adanya pangkalan itu yang tidak jauh dari tanah besar Semporna ianya bukan saja akan dapat memperkukuhkan keselamatan di kawasan itu juga dapat mengembangkan ekonomi di kawasan itu.

Daerah itu terletak tidak jauh dari sempadan dengan beribu-ribu pulau kecil tidak jauh dari laut Sulawesi memerlukan kawalan keselamatan yang ketat.

Beliau berkata, cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Pulau Bum Bum dengan tanah besar akan membolehkan perubahan besar berlaku di daerah itu dari segi ekonomi kerana ianya mempunyai banyak daya tarikan marina seperti Sipadan.

Menteri Pembangunan Laur Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal awal bulan ini memberikan jaminan bahawa kerajaan akan memenuhi janji- janji membina jambatan itu, yang pada pendapat Ainal akan pengwujudan pangkalan udara akan dapat memantapkan lagi kekuatan keselamatan di pantai timur Sabah itu.

“Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk mewujudkan pangkalan tentera udara di pulau itu terutama sekali apabila ada jaminan projek jambatan itu akan dibina,” katanya.

Beliau berkata, terdapat kaitan rapat antara keselamatan dan pembangunan ekonomi di negeri ini.

“Saya percaya inilah wawasan yang mungkin boleh dikongsi bersama terutama sekali oleh Ketua Menteri kita, Datuk Seri Musa Haji Aman yang terus bekerja keras untuk mentransformasikan ekonomi negeri seperti yang kita lihat hari ini. Saya amat gembira sekali di bawah hala tuju kerajaan sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan terus bekembang,” katanya.

Beliau berkata, untuk memastikan perkembangan dan kemakmuran di negeri ini, aspek keselamatan juga perlu diperkukuhkan.

Ainal, yang juga dilahirkan di pulau itu yang juga Ketua Cawangan Umno Bum Bum Utara, berpendapat kawasan itu amat strategik untuk pangkalan udara.

Beliau berakta, dengan pengawasan udara berterusan, pihak berkuasa boleh mengawasi pergerakan kapal yang datang dan pergi dari Semporna termasuk elemen jenayah yang melintasi sempadan.

“Rekod menunjukkan terdapat kejadian penculikan berlaku di sini dan kawasan sekelilingnya,” katanya, sambil merujuk beberapa kejadian penculikan membabitkan pelancong asing di resort-resort di beberapa pulau dan yang terbaru membabitkan dua rakyat Malaysia yang masih ditahan sejak diculik dari Pulau Sebangkat.

Beliau berkata, cadangan pangkalan udara itu juga sejajar dengan komitmen masyarakat antarabangsa untuk memerangi ancaman pengganas yang boleh menjadikan beribu-ribu pulau berhampiran Semporna dan sempadan sebagai tempat kegiatan dan operasi mereka.

“Dari itu adalah wajar untuk pangkalan udara diwujudkan di sini. Semporna adalah kawasan yang cantik dan mempunyai banyak potensi,” katanya.

“Ianya juga boleh dijadikan pintu masuk bagi elemen-elemen negatif. Saya masih ingat lagi kenyataan bekas pesuruhjaya polis negeri tentang cabaran yang dihadapi oleh pihak keselamatan memandangkan persisiran yang panjang dan cara terbaik untuk mengatasinya ialah mengawasinya dari udara,” tambahnya.

Mengenai sosio ekonomi, Ainal berkata, cadangan pembinaan jambatan dan pangkalan udara sudah pasti akan dapat meningkatkan kehidupan lebih 10,000 penduduknya.

Beliau melihat akan wujud lebih banyak peluang pekerjaan dari projek-projek itu dan pelaburan juga akan bertambah masuk.

Ainal percaya dengan adanya kemudahan itu, kegiatan soiso ekonomi akan terus berkembang dengan agensi dan jabatan kerajaan juga sudah pasti akan membuka pejabat mereka di pulau itu.

“Apa yang kita lihat di sini pengwujudkan pangkalan tentera udara adalah sebagai nilai tambah kepada projek pembinaan jambatan ini. Ianya bukan saja akan meningkatkan sosio ekonomi dan impak keselamatan kepada penduduk di Semporna.

Sabtu, 21 Januari 2012

SK PEGAGAU,SEMPORNA KEKURANGAN BILIK DARJAH

Diberitakan dalam FCB rasmi sekolah Sk pegagau, Semporna bahawa sekolah itu kekurangan bilik darjah.Seramai 49 orang murid dalam satu kelas. Saya terpanggil untuk menyuarakan isu ini setelah saya memberikan respons dalam laman fcb sekolah berkenaan.

Sebagai anak jati di Semporna yang berada di perantauan, saya juga terpanggil untuk memaklumkan kepada pejabat pelajaran Daerah Semporna ,melalui email  saya dalam laman FCB Pejabat pelajaran daerah berkenaan.

Harapan kita supaya isu ini diberikan perhatian supaya masalah anak-anak kita yang masih bersekolah di sekolah rendah dapat diatasi.









Pakatan Rakyat tawan putrajaya




PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menang dan membentuk kerajaan persekutuan baru jika parti itu meletak hanya seorang calon menentang BN dalam pilihan raya umum 13.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, andaian ini berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008.

Katanya, Pakatan Rakyat menawan lima negeri – Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan mengekalkan Kelantan.

Bagaimanapun, Perak kembali ke pangkuan BN ekoran tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti pada 2009.

“Jika satu lawan satu, Putrajaya boleh bertukar tangan,” katanya.




ADUN KUNAK JUAL ORANG






Oleh : CITRA MASADI


TIDAK cukup dengan janji palsu yang dijaja selama ini, ADUN Kunak, Datuk Nilwan Kabang terus menerus menyusahkan rakyat kerana memperdaya rakyat dengan menggunakan BR1M sebagai modal kempen politik.





Kerja sendiri

  1. bagus bah kerja sendiri ni, ndk ada yg suruh, mau ambik cuti ikut suka hati jak,mau kerja ikut sedap hati,mau tidur ikut kata mata, mau bangun ikut gerak hati..pendek kata semuanya ok.