Sabtu, 20 April 2013

P 189 SEMPORNA: DATUK SHAFIE APDAL HADAPI 2 PENJURU

Seperti yang dijangka banyak pihak Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,dato Seri Mohd Shafie Apdal (BN) mempertahankan kursi Parlimen P.189 Semporna dan ditentang calon PKR,Zamree @Mohd Suffian Abdul Habi dan Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha (Bebas). 

Sementara Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Dato sri Nasir Tun Sakaran pula mempertahankan kursi N.53 Senallang (BN) terlibat dengan perlawanan lima penjuru dan ditentang calon PKR,Mohd Amin Abdul Mem;Abdul Manang Hatib Lawari@ Osman(Bebas);Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha (Bebas) dan Abd Karim Talib(Bebas). 


Bagi DUN Bugaya,Datuk Ramlee Marahaban(BN) mempertahankan kursi yang dimenanginya tanpa pertandingan dalam PRU-12 ditentang lima orang pencabat iaitu Abdullah Sani Abdul Salleh(Bebas);Atal Muhammad KK Abd Menang(Bebas);Abdul Hussin Kiamsin(Bebas);Alimin Budin(Bebas);Hasai Tudai (PAS). 


Kawasan N.52 Sulabayan pula menyaksikan calon baru Barisan Nasional(BN),Dato’ Jaujan Sambakong ditentang calon PKR,Hermeny Murgal;Hasaman Sagaran(Bebas);Hussein Mumakil(Bebas);Mamat Barhana(Bebas);Julkani Abd Rahman(Bebas) dan Ghazali Penghulu Hindi.

Khamis, 18 April 2013

DATUK SHAFIE APDAL Vs DR ZAMREE. MAGBOG-BOG NAH





Kehadiran Dr Zamree Hj Habi dalam percaturan dunia politik parti PKR di bumi tongtalun ,Semporna pada PRU 13 ini diliaht banyak pihak sebagai prinsip meneguk di air keruh. Dr Zamree yang diumumkan akan menentang Datuk Shafie Apdal di Parlimen Semporna dikatakan adalah calon bidan terjun paling melucukan dalam sejarah parti politik PKR di Semporna. Hanya berbekalkan pengetahuan dari kepakaran dalam bidang perubatan, tidak akan dapat menjamin DR Zamree diterima pengundi golongan muda di daerah ini. Apa kapasiti Dr Zamree ‘menentang’ Datuk Shafie? Apa blue print beliau untuk golongan non partisan yang terdiri dariada anak-anak muda yang ‘kelaparan’ memerlukan suntikan idealisme perjuangan baru di bumi Semporna? Apakah juga jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh Dr Zamree dalam merencakkan pembangunan jiwa dan minda anak-anak Semporna? Selain daripada, menyertai politik kerana dendam dan kesumat lantaran pertelingkahan keluarga yang berakhir dengan pemecatan bapanya Hj habi dari UMNO.



Ramai yang meramalkan, Dr Zamree akan hanya menjadi politikus picisan tatkala mengambil keputusan menentang Datuk Shafie. Dr Zamree dijangka akan ‘dimalukan’ apabila kehilangan wang deposit sepertimana yang berlaku ke atas Aziz Abd. Hamid ,pada PRU 2008. Walaupun pada hemat penulis, DR Zamree akan dapat membuat kejutan paling besar dalam sejarah politik Semporna, apabila dapat ‘menjinak’kan Datuk Shafie Apdal. Atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan “majoriti’ Menteri KKLW yang pernah digossipkan dengan pelakon seksi Zahida R.itu.



Dr Zamree seharusnya tidak terjebat dalam apa-apa juga bentuk politik benci membenci, sebaliknya bersedia awal dengan cetusan idea bersama membawa dan membantu menaiktaraf keperluan dan kualiti hidup masyarakat Semporna. Begitu ramai pejuang-pejuang politik parti PKR yang dijahanamkan oleh pucuk pimpinan atasan hanya gara-gara terpengaruh dengan kredibiliti Dr Zamree yang kononnya boleh membuat kejutan besar dengan menumpaskan menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah itu. Sedangkan penglibatannya dalam dunia politik PKR hanya tidak sampai 2 tahun, manakala puluhan lagi di Semporna yang bertungkus lumus memastikan perjalanan parti itu untuk hidup di tengah-tengah kerancakan perjuangan UMNO.



Budaya “MAG BOG-BOG NA’! Mungkin satu kelebihan kepada Dr Zamree yang dikatakan mempunyai rangkaian kekeluargaan yang ramai, apatalah reputasi ayahnya Hj Habi yang pernah menjadi AJK UMNO Semporna dan mantan PKR Sulabayan. Manakala ibunya juga Hajh Kalasahan adalah AJK Wanita UMNO Semporna sebelum, mengambil keputusan keluar dari parti itu. Sebagai rekod abang Dr Zamree iaitu Naxion adalah juga mantan ketua pemuda UMNO Semporna, sebelum kalah tipis kepada sepupunya Ajis Jamman dalam satu perebutan jawatan ketua pemuda paling tragis dalam politik UMNO bahagian itu.



Kini hanya terpulang kepada pengundi di Parlimen Semporna , apakah akan memilih Dr Zamree mewakili mereka ke Parlimen , menyuarakan hasrat dan aspirasi mereka? Atau mengekalkan Datuk Shafie Apdal, Naib presiden UMNO dan menteri KKLW yang dikatakan menyubang besar kepada peningkatan pembangunan di daerah itu.



Selain daripada isu kekayaan dan harta yang dijangka menjadi isu utama kempen kali ini, diramal isu moral, isu pembinaan Jambatan Bum-Bum akan turut menjadi isu utama. Namun apa yang menjadi perhitungan masyarakat Semporna adalah merasai kemanisan apa yang dikatakan ‘PERUBAHAN’. Kepada anda dan anda dan anda penentu politik dua mandusia ini.

Selasa, 12 Mac 2013

UCAPAN DATUK SHAFIE APDAL MENGENAI INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI SEMPORNA


Y.B. Dato' Seri Panglima Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P.189 Semporna, menyampaikan Perutusan Khas berkaitan Insiden Pencerobohan Sabah oleh sekumpulan pengganas dari Sulu, serta memaklumkan status terbaru daerah Semporna disamping memberikan pesanan kepada rakyat Malaysia agar bijak memilih maklumat dan tidak mudah mempercayai khabar berita yang tidak berlandaskan fakta sehingga boleh menimbulkan suasana ketakutan. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar dapat bersama mendoakan para anggota keselamatan yang telah terkorban dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan negara, mudah-mudahan roh mereka dirahmati Allah s.w.t.
<iframe src="http://www.facebook.com/video/embed?video_id=541767785845844" width="600" height="480" frameborder="0"></iframe>

RUMAH PENCEROBOH DI KG SIMUNUL, SEMPORNA AKAN DIROBOHKAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripada rumah yang dijadikan tempat pengganas Sulu melakukan serangan hendap hingga menyebabkan enam anggota polis maut pada 2 Mac lalu.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu bagaimanapun hanya akan dilakukan sebaik mendapat laporan daripada pihak polis mengenai maklumat yang mendakwa pemilik ketiga-tiga buah rumah tersebut dipercayai bersekongkol dengan pengganas.

“Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.

“Enam buah rumah lagi yang tidak diketahui siapa penghuninya dan terletak berhampiran kawasan serangan hendap itu juga dalam rancangan untuk dirobohkan,” kata Ramlee di sini semalam.

Difahamkan, sehingga semalam tiada penghuni di sembilan buah rumah tersebut dapat dihubungi oleh pihak berkuasa. – Kosmo Online

Selasa, 5 Februari 2013

PENYELEWENGAN RUMAH PPRT DI SEMPORNA BERLELUASA?

SUNGGUH malang nasib rakyat miskin kerana Pemimpin BN Senallang di Semporna kerana menggunakan rumah PPRT dijadikan Pejabat Rasmi ladang kelapa sawit yang dipercayai milik Ahli Parlimen Semporna, merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Pemimpin USNO Semporna yang menerima aduan penduduk kampung Trapuli, berhubung perkara ini telah mengarah Setiausaha Penaja USNO DUN Senallang, Antoni, untuk menjalankan siasatan ke lokasi yang didakwa berlaku penyelewengan.


Dalam lawatan mengejut pemimpin USNO ke Kampung Bukit Sakong di DUN Bugaya Semporna pada pagi 3 Februari lalu, mengesahkan terdapat 4 buah rumah PPRT yang digunakan sebagai pejabat rasmi ladang kelapa sawit di kawasan itu oleh para pekerja.


Pasukan peninjau juga mendapati kerani pejabat ladang sedang menjalankan tugas harian di dalam rumah PPRT yang digunakan sebagai pejabat ladang.


Dilaporkan bahawa penyelewengan peruntukan dan salahguna peruntukan rakyat dan hak orang miskin sedang berluasa di daerah ini sejak akhir-akhir ini.


Manakala di DUN Sulabayan pula, USNO menerima laporan bahawa FELCRA telah menjadikan perusahaan rumpai laut di Kg. Look Butun dan Labuan Haji menggunakan modus operandi yang sama iaitu menggunakan peruntukan PPRT untuk membina pejabat ladang rumpai laut; malah menyewa pajak perusahaan berkenaan kepada pengusaha daripada Semenanjung Malaysia.


USNO Semporna memohon pihak berwajib, terutama SPRM membuat siasatan rapi mengenai perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya supaya peruntukan rakyat miskin tidak disalahgunakan dan wakil rakyat diambil tindakan sewajarnya. (Media USNO)

Selasa, 15 Januari 2013

DATUK NASIR TUN SAKARAN TIDAK SELAMAT DI DUN SENALLANG?

N53 DUN SENALLANG adalah salah satu daripada tiga DUN dalam Parlimen P189 SEMPORNA. Kawasan Senallang ini mempunyai pengundi seramai 12 ,198. Majoriti adalah suku kaum Bajau dan Bugis yang terangkum dalam kategori bumiputera Islam dengan peratusan 92.45 %. Pada PRU 2008, DUN SENALLANG ini dimenangi oleh Datuk Nasir Sakaran Dandai dengan pemerolehan undi sebanyak 6,038 mengalahkan dua calon BEBAS dan seorang calon PKR.Majoriti kemenangan Datuk Nasir adalah sebanyak 5387 meningkat berbanding PRU 11 iaitu sebanyak 4619 sahaja.

Walaupun kawasan DUN ini sudah diwakili oleh Datuk Nasir Sakaran selama dua penggal namun kawasan ini nampak mundur dari segi pembangunan. Banyak kampung-kampung yang terbiar tidak mempunyai jaringan jalanraya kampung yang bertar serta tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam.Bekalan air bersih juga menjadi masalah utama.

Kepesatan teknologi maklumat telah mula mengubah paradigma pengundi di kawasan ini. Kemunduran yang mereka alami membuatkan beberapa gerakan senyap menolak kepimpinan Datuk Nasir mula berlaku. Kemunculan tokoh-tokoh muda yang dikhabarkan akan menentang Datuk Nasir di Senallang juga memungkinkan anak mantan TYT itu akan menghadapi tentangan yang hebat dari anak muda Semporna.

Jika benar bahawa Dr Zambry anak Hj HaBI berjaya menjadi calon di DUN Senallang, maka masyarakat Semporna akan melihat dua pahlawan ini bertarung merebut DUn Senallang. Bersama kita tunggu.

Jumaat, 23 November 2012

HAJI ABDUL HABI DI PECAT DARI UMNO

Tidak sampai sebulan pun dari tarikh pengumuman bekas AJK UMNO SEMPORNA, Tuan Hj Habi Hj Mustapha keluar dari UMNO dan menyertai PKR dalam satu majlis yang di hadiri oleh YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR di Semporna, UMNO PUSAT kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Bekas Ajk umno SEMPORNA ITU DI PECAT keahliannya dari parti itu.



KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.

“Ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan.

Kes-kes yang telah diputuskan ini melibatkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO.

“Bahagian Semporna, Sabah, dua orang dipecat dan seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana kes sabotaj parti.

“Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah.”

Keputusan tersebut dibuat hasil daripada anggota Lembaga Disiplin yang telah bersidang pada 6 September dan 8 Oktober lalu.

Berikut adalah senarai nama anggota parti terbabit:

1. Tuan Haji Ab. Habi bin Haji Mustapha (Bahagian Semporna)
Jawatan Dalam Parti: AJK UMNO Bhgn Semporna
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH (DIPECAT)

2. Encik Abdul Majid bin Haji Palah (Bahagian Semporna)
Jawatan Dalam Parti: Ketua Cawangan Kg Gallam/Bekas AJK Bhgn Semporna
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH (DIPECAT)

3. Tuan Haji Nisfu bin Haji Palah (Bahagian Semporna)
Jawatan Dalam Parti: Ketua Cawangan Kg Seraya 1
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli UMNO
Keputusan Hukuman: BERSALAH – Digantung tiga (3) tahun daripada 6 September 2012 atau satu (1) Penggal Pemilihan

4. YBhg Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar)
Jawatan Dalam Parti: Ketua UMNO Bhgn Padang Besar
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: TIDAK BERSALAH

5. Tuan Syed Atif bin Syed Abu Bakar (Bahagian Arau)
Jawatan Dalam Parti: AJK UMNO Bhgn Arau
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH – Diberi Amaran

6. Encik Yaacob bin Man (Bahagian Padang Besar)
Jawatan Dalam Parti: AJK Bhgn Padang Besar
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH – Diberi Amaran

7. Encik Biswardi bin Mohamad Hasbi (Bahagian Kangar)
Jawatan Dalam Parti: Ahli UMNO Cawangan RPA Kangar 102
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH – Diberi Amaran

8. Encik Abdul Halim bin Abdullah Sunny (Bahagian Arau)
Jawatan Dalam Parti: Ahli UMNO Cawangan Kampung Ulu Pauh
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8 (b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN: BERSALAH – Diberi Amaran