Selasa, 12 Mac 2013

UCAPAN DATUK SHAFIE APDAL MENGENAI INSIDEN PENCEROBOHAN BERDARAH DI SEMPORNA


Y.B. Dato' Seri Panglima Hj. Mohd. Shafie Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P.189 Semporna, menyampaikan Perutusan Khas berkaitan Insiden Pencerobohan Sabah oleh sekumpulan pengganas dari Sulu, serta memaklumkan status terbaru daerah Semporna disamping memberikan pesanan kepada rakyat Malaysia agar bijak memilih maklumat dan tidak mudah mempercayai khabar berita yang tidak berlandaskan fakta sehingga boleh menimbulkan suasana ketakutan. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar dapat bersama mendoakan para anggota keselamatan yang telah terkorban dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan negara, mudah-mudahan roh mereka dirahmati Allah s.w.t.
<iframe src="http://www.facebook.com/video/embed?video_id=541767785845844" width="600" height="480" frameborder="0"></iframe>

RUMAH PENCEROBOH DI KG SIMUNUL, SEMPORNA AKAN DIROBOHKAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripada rumah yang dijadikan tempat pengganas Sulu melakukan serangan hendap hingga menyebabkan enam anggota polis maut pada 2 Mac lalu.

Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu bagaimanapun hanya akan dilakukan sebaik mendapat laporan daripada pihak polis mengenai maklumat yang mendakwa pemilik ketiga-tiga buah rumah tersebut dipercayai bersekongkol dengan pengganas.

“Saya, JKKK dan penduduk kampung telah membuat perbincangan serta bersepakat akan merobohkan tiga rumah yang menjadi lokasi pengganas bersembunyi.

“Enam buah rumah lagi yang tidak diketahui siapa penghuninya dan terletak berhampiran kawasan serangan hendap itu juga dalam rancangan untuk dirobohkan,” kata Ramlee di sini semalam.

Difahamkan, sehingga semalam tiada penghuni di sembilan buah rumah tersebut dapat dihubungi oleh pihak berkuasa. – Kosmo Online