Selasa, 15 Januari 2013

DATUK NASIR TUN SAKARAN TIDAK SELAMAT DI DUN SENALLANG?

N53 DUN SENALLANG adalah salah satu daripada tiga DUN dalam Parlimen P189 SEMPORNA. Kawasan Senallang ini mempunyai pengundi seramai 12 ,198. Majoriti adalah suku kaum Bajau dan Bugis yang terangkum dalam kategori bumiputera Islam dengan peratusan 92.45 %. Pada PRU 2008, DUN SENALLANG ini dimenangi oleh Datuk Nasir Sakaran Dandai dengan pemerolehan undi sebanyak 6,038 mengalahkan dua calon BEBAS dan seorang calon PKR.Majoriti kemenangan Datuk Nasir adalah sebanyak 5387 meningkat berbanding PRU 11 iaitu sebanyak 4619 sahaja.

Walaupun kawasan DUN ini sudah diwakili oleh Datuk Nasir Sakaran selama dua penggal namun kawasan ini nampak mundur dari segi pembangunan. Banyak kampung-kampung yang terbiar tidak mempunyai jaringan jalanraya kampung yang bertar serta tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam.Bekalan air bersih juga menjadi masalah utama.

Kepesatan teknologi maklumat telah mula mengubah paradigma pengundi di kawasan ini. Kemunduran yang mereka alami membuatkan beberapa gerakan senyap menolak kepimpinan Datuk Nasir mula berlaku. Kemunculan tokoh-tokoh muda yang dikhabarkan akan menentang Datuk Nasir di Senallang juga memungkinkan anak mantan TYT itu akan menghadapi tentangan yang hebat dari anak muda Semporna.

Jika benar bahawa Dr Zambry anak Hj HaBI berjaya menjadi calon di DUN Senallang, maka masyarakat Semporna akan melihat dua pahlawan ini bertarung merebut DUn Senallang. Bersama kita tunggu.